Selambut atau seremban adalah satu permainan yang mampu mengisi matlamat tersebut. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung. Di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Memandangkan kaedah bermainnya yang lembut nyata permainan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Agak janggal jika dimainkan oleh kanak-kanak lelaki walaupun penyertaan mereka biasa dilihat. Permaian selambut agak pasif. Dilihat dari segi masa bermain, permainan ini tidak memerlukan waktu yang khusus. Malah permainan ini tidak memerlukan penumpuan serius sewaktu bermain seperti bermain permainan-permainan lain. Permainan selambut tidak memerlukan kawasan yang luas. Asalkan ada permukaan rata, permainan ini pasti boleh dimainkan. Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah, serambi, di halaman, di kolong rumah, malah di taman sekalipun.
Namun sebagaimana permainan lain, permainan ini juga ada aspek kemahiran yang hendak ditonjolkan. Kemahiran yang diperlukan dalam permainan ini adalah kemahiran melambung dan menyambut anak batu dengan gaya tersendiri lagi lembut. Pendek kata tangan si pengasar memang tidak menjadi untuk bermain selambut.
Setiap pemain bermain dengan cermat dan berhati-hati kerana konsep permainan ini adalah mengumpul mata. Sering dirasakan, bermain selambut dengan peserta yang sedikit jauh lebih baik dan menyeronokkan berbanding dengan bermain beramai-ramai. Barangkali maksimum 5 orang sudah dianggap ramai kerana undang-undang secara giliran.
Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5 - 10 butir dan inilah satu-satunya alat dalam permainan ini. Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain. Jika sepakat, hendak menggunakan anak batu, maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja.
Setelah mengetahui giliran masing-masing, permainan pun dimulakan. Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira. Tujuannya adalah untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu". Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggik "ibu". Khas di sini bermaksud batu itu memiliki ciri-ciri tersendiri terutama untuk membezakan dengan batu-batu lain.
Teknik-teknik mengutip anak batu adalah seperti berikut:
Kaut satu per satu
Kaut beransur-ansur. Misalnya kali pertama 1 butir, kali kedua 2 butir dan seterusnya sehingga habis dikaut.
Tidak dapat dinafikan memang ada gangguan dalam permainan selambut terutamanya apabila peserta yang menunggu giliran berasa bosan kerana sudah lama menunggu. Selalunya ketika asyik melangut memerhatikan pergerakan batu itu, diam-diam pemain lain melakukan sebotaj. Biasanya cara yang dilakukan ialah mengalih anak batu. Apabila anak-anak batu dialih posisinya, si pemain pasti gelabah dan hilang tumpuan kerana terkaut lantai kosong. Gangguan kedua ialah apabila pemain lain menyambut batu ibu yang dilambung, atas gangguan ini biasanya pemain mahu mengulang semula permainannya. Namun pastinya tumpuan si pemain sudah terjejas. Begitulah pemain selambut. Namun masa beredar dan permainan ini sudah diubahsuai mengikut citarasa pemain masa kini.
Demikianlah pemain selambut. Sekali imbas nampak pasif dan mudah. Jika diteliti pemain ini memerlukan kemahiran. Pemain mesti menjangka masa di samping pantas dan cekap. Saksikan sendiri bagaimana pemain selambut mengutip anak batu tanpa memandang ke lantai.
No comments:
Post a Comment